Untuk Pria |
Khas untuk pria ♥ Fesyen - Himpunan Musim Bunga Zang Toi ♥ Aksesori—Dompet dan tali pinggang ♥ Senaman 5 minit daya seksual hebat ♥ Info lelaki - Memilih isteri yang sepadan |
Koleksi Musim Bunga Zang Toi Himpunan musim bunga pereka tersohor Zang Toi pastinya membuatkan ramai lelaki leka memandang. Kekemasan jahitan pada sehelai blazer mampu membuatkan penampilan lelaki lebih segak kala majlis |
Pilihan terbaik untukmu |
Untuk hantaran perkahwinan pilihan aksesori yang selesa daripada bahan yang berkualiti |
Kualiti dan jenama seiringan dalam menentukan pilihan yang terbaik buat aksesori lelaki. Untuk hantaran perkahwinan nanti, pilihlah aksesori yang selesa daripada bahan yang berkualiti. Warna hitam tetap menjadi pilihan kerana ia melambangkan sikap maskulin dan lelaki yang mementingkan ketrampilan sejati. Produk dari Alain Delon, Pierre Cardin dan Polo ini mampu menterjemahkan ketelitian tersebut. |
5 Minit Untuk Daya Seksual Yang Hebat |
Infoamlelaki |
fesyen |
Aksesori |
Pernahkah anda terfikir dengan lima minit senaman, ia mampu memperkuatkan daya tenaga batin buat selamanya? Mungkin ada di kalangan anda yang memandang remeh. Namun inilah hakikat sebenarnya. Anda hanya perlu lima minit selepas bangun tidur dan mengamalkan senaman berikut. Menurut En Mohd Mokhtar Mohd Rais dari Aroma Damai Spa, senaman tenaga batin ini jika diamalkan setiap pagi mampu membuatkan ‘dayungan’ seorang lelaki tidak mudah patah di tengah jalan. ‘Anda juga tidak perlu lagi mendapatkan khidmat urutan memulihkan tenaga batin andai senaman ini diamalkan setiap pagi. Selain menguatkan semula tenaga batin, masalah berkaitan rangsangan kepada alat kelamin juga boleh diatasi dengan mengamalkan senaman ini,’ jelasnya. Bila senaman ini harus dibuat? Senaman ini harus diamalkan sejurus selepas bangun tidur dalam masa lima hingga 10 minit mengikut kemampuan anda. Senaman ini juga boleh diamalkan selepas anda ‘bersama’ dengan isteri. Adalah digalakkan untuk minum segelas air masak selepas melakukan senaman ini. Kenapa senaman ini harus diamalkan? Senaman ini merupakan langkah terbaik bagi mengatasi masalah tenaga batin. Ia dilakukan setiap pagi bagi mengendurkan semula urat yang tegang selepas bangun tidur. Ia juga berfungsi membuang angin di bahagian pinggang dan perut yang merupakan antara faktor anda mengalami masalah tenaga batin. |
Di samping itu ia juga melancarkan semula peredaran darah ke seluruh tubuh terutama di bahagian alat kelamin serta melancarkan semula pernafasan anda. Selain itu, senaman ini juga mampu melancarkan semula perjalanan oksigen ke seluruh tubuh anda. Senaman ini juga boleh diamalkan oleh lelaki bujang. |
Bagaimana melakukan senaman ini? 1. Langkah 1a&b Duduk berlunjur tarik nafas dan tahan untuk beberapa saat sambil membongkokkan badan ke bahagian depan sehingga jari tangan mencecah jari kaki. Kaki harus diluruskan. Tujuannya ialah untuk mengendurkan otot yang tegang di bahagian pinggang serta menguatkan otot di bahagian perut. Senaman ini harus diulang sebanyak tiga kali. |
2. Langkah 2 Kangkangkan kaki seluas mungkin mengukit kemampuan anda. Regangkan kedua belah tangan sehingga mencapai tapak kaki. Kemudian tundukkan badan anda ke hadapan sehingga mencapai tapak kaki. Kemudian tundukkan badan anda ke hadapan sehingga mencecah lantai sambil menarik nafas dan tahan untuk beberapa saat. Ulang sebanyak tiga kali. Tujuannya ialah untuk menguatkan otot dibahagian bawah paha serta dibahagian kelamin. 3. Langkah 3a & b Duduk bersila dengan meletakkan kaki kanan di atas kaki kiri dan begitulah sebaliknya. Tahan nafas selama 10 saat. Tekan tangan pada lantai sambil anda mengangkat kaki ke atas. Tujuannya ialah untuk menguatkan otot dibahagian perut. 4. Langkah 4 Baring dan angkat kaki dengan lurus ke atas sambil tangan dilekapkan ke bahagian lantai. Ia bertujuan untuk menguatkan bahagian pinggang serta membuang angin. 5. Langkah 5 Duduk seperti bersila sambil meletakkan kaki kiri atas kaki kanan dan begitulah sebaliknya. Buat teknik seperti sedang menekan tubi dan ulangkan sebanyak tiga kali dan tahan nafas selama beberapa saat. Ketika membuat senaman ini, bahagian kaki harus berada diatas lantai. Ketika senaman dilakukan kepala harus didongakkan secara lurus ke bahagian depan. Tujuannya ialah untuk menguatkan otot di bahagian depan. Tujuannya ialah untuk menguatkan otot di bahagian pinggang, perut dan paha.6. 6. Langkah 6 Duduk simpul katak dan baringkan badan ke belakang sambil letakkan tanan di bahagian kepala. Tarik dan tahan nafas selama 10 saat. Tujuannya ialah untuk menguatkan otot dibahagian perut serta depan paha. Senaman ini harus diulang sebanyak tiga kali juga. Apakah kesan positif senaman ini? 1. Ia menambahkan nafsu syahwat serta mengelakkan sebarang masalah tenaga batin 2. Melalu cepat iaitu antara tiga hingga lima minit.mastikan alat kelamin ini sentiasa dalam keadaan ‘bersedia’ dan terhindar dari sebarang masalah. 3. Melambatkan anzal ketika bersama. Anda didapati bermasalah jika anzal terlalu cepat iaitu antara tiga hingga lima minit. |
Pemilihan warna seumpama hitam dan putih melambangkan rona lelaki yang kelihatan tampan menggayakan kot yang dihasilkan |
Pada setiap rekaan kot, lambang keutuhan Zang Toi tidak ketinggalan. Ia menjadi perincian bagi setiap rekaan yang dihasilkan. |
Kot ‘trench’ dengan potongan labuh serta ikatan di bahagian pinggang seolah menjadi identiti utama rekaan Zang Toi untuk himpunan lelaki kali ini. |
1a |
3a |
3b |
1b |