Jodoh pertemuan di tangan Tuhan Cinta tidak semestinya berakhir di jinjang pelamin dan benci pula tidak semestinya gagal membuahkan rasa rindu. Itulah kenyataan hidup. Cinta sahaja belum cukup untuk membina sebuah rumahtangga bahagia sekiranya tidak disulami dengan sikap persefahaman, tolak ansur dan kasih saying tulus ikhlas buat pasangan.Biarpun benci menjadi titik mula perhubungan suami isteri, namun sekiranya bijak melayari bahtera rumahtangga, pastinya bahagia akan tetap menjelma. |